Click click Me !

:: BFF Si .G.E.D.I.K. ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 24, 2013

Resepi Lasagna yang sedap ;)



 

Syukur Alhamdulillah , dah masuk setengah bulan kita berpuasa, Ramadhan 15 ;) para isteri gigih kan mencari resepiii , time bulan puasa ni lah nak cuba resepi baru. heee ~ Ai pun TAK terkecuali. Ai memang suka western. gila tau takk... hubby tak berapa gemar tapii satu benda je yang die suka makan, Lasagna. Sebagai isteri mithali (puiiii) , ai tekad nakkkk buat Lasagna untuk juadah berbuka puasa hubby.. how suweetttt nyaa aiii~ isteri sape ni? kohkohkoh . . 


Resepi Lasagna ni ai klasifikasikan sebagai, sedap tapi leceh. boleh? HAHA  Tapi kalau sekali sekala buat ape salahnye nak renyah sikit tapi hasilnya yummmyyyyyyyy  ;) okay dah stop membebel, sila sedia pen dan kertas untuk menyalin.. cewaaaahh~ budjettttt je aii nii.. kahkahkah



Bahan bahan yang perlu ada, *kemain mahal bahan2 dia* 

1) Harus ada Kepingan Lasagna Instant (ai beli jenama San Remo) RM5.30
 kepingan lasagna ini boleh direbus terlebih dahulu ataupun tak perlu rebus terus je bakar nanti. ai malas nak rebus, so ai pilih terus bakar je. muahahhaaha  ;p

Ini bahan untuk Sos Merah
1) Daging Cincang Ramly (ai guna 600gram) RM10.95
2) Bawang merah 2biji *potong dadu*
3) Bawang putih seulas *potong dadu*
4) Cilipadi 16tangkai *potong kecik*
5) Cendawan Butang *potong dadu* (ai beli Jenama Ayam Brand) RM4.70 - tapi guna 6biji jeee
6) Sos Bolognese (ai beli Jenama Leggo's) RM12.10

Ini bahan untuk Sos Putih
1) Susu Full Cream RM5.40
2) 2 s/b Butter RM4.99
3) 6kpg Chesedale RM19.29
4) 2 s/b Tepung gandum



Cara caranya seperti ;

Nak buat sos merah begini, 
Panaskan minyak dan tumiskan bawang bawang tu, masukkan daging cincang, goreng sehingga air daging itu kering. kemudian campurkan sos bolognese, kacau sebati. masukkan cendawan butang dan sedikit cili padi. ikutlah nak rasa pedas lagi lebihkan cilipadi. okay? kacau sehingga sedikit kering/pekat. siap dan letak tepi. ;)


Nak buat sos putih pula begini, 
Dengan api slow, sangai terlebih dahulu tepung gandum sehingga menjadi colour brown, masukkan butter, kacau sehingga cair , masukkan pula 600ml susu segar. kacau sebati dan masukkan chesedale , kacau sehingga cair. Tutup api bila ada "blup". siap dan letak tepii  ;)




Melapis lasagna seperti berikut ;

Langkah melapis begini, 
1. Letakkan kepingan lasagna di bawah sekali dalam pan. 
2. masukkan sos merah, ratakan. jangan bagi ada ruang kepingan lasagna terdedah.
3. masukkan pulak sos putih di lapisan kedua. carik-carikkan mozarella cheese
4. ulangi langkah ini untuk beberapa kali, senang citer sampai pan penuh. HAHA. Mesti di akhiri dengan lapisan sos putih dan taburan mozarella cheese




Mari membakar, weeee ~  
    - panaskan oven 10minit 
    - bakar lasagna pada suhu 180darjah selama 40minit. 

dan hasilnyaaaaaa? yummmmyyyyyyyyyyyyyy. hubby sukaaaaaaaaaaa.. makan lagi dan lagi dan lagii. kejap ratah begitu. kejap makan dengan roti. sahur pun makan lasagna jugak. HAHA  kejung perut nak habiskan lasagna nii.. almaklumlaaa makan berdua ajeeee.. heee ~



*thanks Chocolate Fountain sponsor oven baru ai. heee~ dapat untung terus beli 
oven dan terus buat lasagna. muahahhahaha.......  lepas ni nak buat ape pulak ehh? ehemm ~*




Resepi campuran dari cinta, ieza, my bos!  hehehe ;)










Yang akan buat lagii tapi nk guna bekas sedikit kecikk laaa, jenuh nak habiskan! HAHA
  signature ms eida
♥ TQ For Reading SiGEDIK's Entry! Feel free to Comment Dear ♥

30 comments:

  1. idaaaaa....
    ko dah kenapaaa tak hantar sini sikitt..???
    menjejes2 air liur ni haaa...
    hikhikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhikhikhikkk..... sebelum sampai umah noryy, dah selamat ida makan dlm kete.. muahaahahhaha

      Delete
    2. (San Remo - LASAGNA)

      PEMBATALAN PENGIKTIRAFAN 2 BADAN ISLAM LUAR NEGARA PDF Cetak emel
      Ahad, 28 Julai 2013 23:51
      Adalah dimaklumkan bahawa bahagian Hab Halal JAKIM, telah memutuskan untuk MENARIK BALIK pengiktirafan ke atas dua (2) Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf di Australia seperti berikut:

      1.Australian Federation of Islamic Councils Inc. (AFIC); dan
      2.Australian Halal Food Services (AHFS)

      PENARIKAN BALIK pengiktirafan ini adalah berkuatkuasa mulai 15 Julai 2013. Sehubungan itu, tuan/puan dipohon mengambil maklum dan merujuk kepada senarai terkini Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf oleh JAKIM melalui laman sesawang www.halal.gov.my.

      Sehubungan itu, bagi produk-produk import berasaskan haiwan dan bukan berasaskan haiwan yang telah mendapat pengesahan halal daripada badan pensijilan halal berkenaan sebelum atau pada 15 Julai 2013, Sijil Halal tersebut adalah diterimapakai oleh JAKIM sehingga tarikh tamat sijil.
      Manakala bagi produk sedia ada di Malaysia, sijil halal tersebut hanya diterima pakai untuk tujuan penghabisan stok. Bagi pembelian stok baru selepas 15 Julai 2013, ianya hendaklah disertai dengan sijil halal daripada Badan Pensijilan Halal Yang Diiktiraf oleh Jakim di Australia.

      http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/pengumuman/308-pembatalan-pengiktirafan-2-badan-islam-luar-negara

      Delete
  2. sedap nampak nya tuh tapi renyah nak buat kan.. yana kalau teringin beli kat Domino's je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe..... aah agak renyahhh tapii berkali kali boleh mahakn.. huhuuhuu.. jimatttt ;)

      Delete
  3. modal mahal gilerrrr... mkn kat gino lg senang dn murah... muahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi gino sekali makan je dapat.. ni mahal tapi berkali kaliii dapat makan.. puas hatii.. hehehehehe

      Delete
  4. hoi... kecur air liur, kalau ade lagi bahan-bahan cer eida tukar istant lasagna tu ke biskut kering.. sedap gak tau.. caranya sma je cuma tukar pasta dia ke biskut

    ReplyDelete
  5. wah rajinya..dah lama tingin nak buat tapi kan tengok step2 yang leceh tu terus kansellll..haha..dasar pemalas..

    ReplyDelete
  6. nampak sedapnya lasagna ni.. :-)

    ReplyDelete
  7. wahhh.. dah ade oven .. best²... nnt buat pizza pulak ...

    lasagna ni memang sedapp.. tp tu lah renyah kan nak buat ... sesekali oklah...

    ReplyDelete
  8. sedapnya..arie tu buat jugak..tapi lepas makan kami lembik kekenyangan ..sebab makan banyak sangat kot

    ReplyDelete
  9. terliur plk...sedap nye buh cheese byk2..

    ReplyDelete
  10. Salam kenal Ieda..

    Tengah mencari resipi lasagna. Terjumpa dekat sini. Thanks share. Sedap tengok. Nanti nak mencuba...

    By the way kita dah follow blog ni. Nanti follow blog saya ye..

    Salam ramadhan..

    Take care

    ReplyDelete
  11. my fav!! slalu jgak buat..tapi husband x minat western.. so buat setiap kali ade permintaan dri adik beradik je :)

    ReplyDelete
  12. ok.. ai siap snap gambar, konon2 nak buat tapi ntah bila.. tapi apa2pun entry ni amat berguna. tq ye..

    ReplyDelete
  13. bes pulak...rasa nak buat..tp kesian..takde oven..tp buh dalam magic pan buleh kan... nati la pas raya.. yg biskut batik pun lum buat.. -_-"

    ReplyDelete
  14. Memang nak buat pun lasagna ni, sedapnya.. TQ share resepi :D

    ReplyDelete
  15. hurrmm..senang dah sedap...hhihi

    ReplyDelete
  16. memang mahal bahan2 nak buat western food nii. dah pernah try buat dengan pasta? meh cuba recipe ni pula...

    http://chesakinah.blogspot.com/2013/03/casserole-recipes.html

    ReplyDelete
  17. Ya ampunnnnn sedappp ye....sedap tgk adik eida buat...mkn berdua je eh...meh sini bg akak tlg habiskn gan Qi heheheh mudah je resepi tuh...nak cuba nak cuba hehehhe

    ReplyDelete
  18. nak buat jugakkkkk...tp takmo ltak cndwan..xsuke..hehehe

    ReplyDelete
  19. Ya Allah tengok pun meleleh air liur. terima kasih berkongsi resepi! bleh buat ni.. :)

    ReplyDelete
  20. sedapnyaa... hihi
    Jemput singgah di sini http://ierazulkernain.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. aduh aduh..creamynyerrrrrr lasagna itu..pasni boleh jadi tokey lasagna la huahuahua..

    ReplyDelete
  22. sedapnyaaa. aih, nak kena cuba buat jugak lah cemni. hihihi

    ReplyDelete
  23. sedapnye.. terus teringin makaroni bakar.. ade kene mengene ke?

    ReplyDelete
  24. http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/pengumuman/308-pembatalan-pengiktirafan-2-badan-islam-luar-negara

    (San Remo - LASAGNA)

    PEMBATALAN PENGIKTIRAFAN 2 BADAN ISLAM LUAR NEGARA PDF Cetak emel
    Ahad, 28 Julai 2013 23:51
    Adalah dimaklumkan bahawa bahagian Hab Halal JAKIM, telah memutuskan untuk MENARIK BALIK pengiktirafan ke atas dua (2) Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf di Australia seperti berikut:

    1.Australian Federation of Islamic Councils Inc. (AFIC); dan
    2.Australian Halal Food Services (AHFS)

    PENARIKAN BALIK pengiktirafan ini adalah berkuatkuasa mulai 15 Julai 2013. Sehubungan itu, tuan/puan dipohon mengambil maklum dan merujuk kepada senarai terkini Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf oleh JAKIM melalui laman sesawang www.halal.gov.my.

    Sehubungan itu, bagi produk-produk import berasaskan haiwan dan bukan berasaskan haiwan yang telah mendapat pengesahan halal daripada badan pensijilan halal berkenaan sebelum atau pada 15 Julai 2013, Sijil Halal tersebut adalah diterimapakai oleh JAKIM sehingga tarikh tamat sijil.
    Manakala bagi produk sedia ada di Malaysia, sijil halal tersebut hanya diterima pakai untuk tujuan penghabisan stok. Bagi pembelian stok baru selepas 15 Julai 2013, ianya hendaklah disertai dengan sijil halal daripada Badan Pensijilan Halal Yang Diiktiraf oleh Jakim di Australia

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay tq. take note semua orang! !! ;)) thanks sharing. harap benda ni bukan main main ;))

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!